Wednesday, May 13, 2015

JENIS PERLINDUNGAN TAKAFUL MOTOR

1) AKTA

# Liabiliti undang-undang peserta di atas kematian atau kecederaan anggota badan kepada mana-mana pihak ke-3 (tidak termasuk penumpang) yang berlaku disebabkan penggunaan kenderaan milik peserta di atas jalan raya.

2) PERLINDUNGAN PIHAK KE-3

# Sama dengan perlindungan akta dan tambahan kepada perlindungan liabiliti undang-undang kerugian atau kerosakan harta pihak ke-3 akibat daripada penggunaan kenderaan bermotor itu
# liabiliti undang-undang merujuk kepada liabiliti tort, bukan liabiliti kontrak, contohnya berlaku kemalangan disebabkan peserta memandu dengan cuai atau sembarangan.

3) PERLINDUNGAN PIHAK KE-3, KEBAKARAN DAN KECURIAN

# Sama dengan perlindungan akta dan tambahan kepada perlindungan liabiliti undang-undang untuk pihak ke-3 bagi kecederaan anggota badan dan kerosakan harta.
# kerugian akibat kebakaran daripada kemalangan dan kecurian

4) KOMPREHENSIF

# Disamping perlindungan pihak ke-3 yang dinyatakan di atas, pelan ini juga melindungi kerugian atau kerosakan kepada kenderaan, alat ganti atau aksesori milik kenderaan peserta di sebabkan:
> Pelanggaran akibat kemalangan
> pelanggaran akibat kerosakan mekanikal
> Pelanggaran atau terbalik disebabkan haus atau lusuh
> Rosak akibat dihempap oleh objek jatuh dengan syarat tidak disebabkan oleh bencana alam
> Letupan kebakaran atau kilat
> Rompakan, kecurian atau pecah rumah
> Perbuatan khianat
> Semasa perjalanan transit, melalui jalan raya, rel, laluan air, lif atau elavator, laluan laut merentasi selat antara pulau pinang dengan tanah besar.



No comments:

Post a Comment