Monday, May 25, 2015

MUDAH RENEW ROADTAX


VISI : Membantu memudahkan pelanggan untuk memperbaharui Insurans/takaful dan cukai jalan
dengan lebih cepat menjimatkan masa dan wang pengguna.

MISI : Menyediakan perkhidmatan percuma, TIADA caj perkhidmatan urusan pembaharuan cukai jalan di pejabat pos dan secara online.




Sunday, May 24, 2015

RENEW TAKAFUL & ROADTAX DI SINI




PERMOHONAN BARU SIJIL TAKAFUL KERETA ANDA.

Klik pada logo new certificate di sebelah kanan blog dan kami akan LINK terus  permohonan anda kepada website takaful ikhlas, 1st login pilih “new certificate” dan create user id & password sendiri, contoh :- User id = DCC4111 / password = myvi2012, seterusnya isi maklumat yang diperlukan, rujuk kepada maklumat di geran kereta anda atau cover note sedia ada.

            Setelah selesai isi maklumat, anda boleh buat pembayaran online melalui FPX berikut, maybank2u, CIMB click, ePublic bank, Hong leong atau kredit kad. Seterusnya semak JPJ status jika ‘accepted’ print cover note dan selesai, anda boleh terus bayar roadtax melalui myeg service online. Sila tekan logo myeg di sebelah kanan blog ini untuk renew roadtax.

#peringatan sistem ini hanya menerima kereta persendirian dan company sahaja, sum insured sehingga rm300 000 dan usia kereta hanya 15 tahun ke bawah. Terima kasih.

Sebarang bantuan atau pertanyaan sila hubungi kami:

017-968 9389/ 013-466 8540 (Zaaim)  

CEK STATUS ANDA DI JABATAN BERIKUT MENGGUNAAN TELEFON

salam semua..

sekadar perongsian maklumat..

untuk cek saman JPJ, cek tamat roadtax, tamat lesen dan sebagainya..

atau lain-lain jabatan, anda boleh berbuat demikian..

dengan hanya menggunakan telefon bimbit anda..

just share.. refer gambar ini.. TQ





Thursday, May 14, 2015

MUDAH RENEW ROADTAX ONLINE SERVICES


# HUBUNGI KAMI UNTUK RENEW TAKAFUL DAN ROADTAX..
# NO SERVICE CHARGES
# WAKIL SAH TAKAFUL IKHLAS SDN.BHD


Wednesday, May 13, 2015

PROSES RENEW ROADTAX KENDERAAN

Dokumen yang perlu ada adalah:

# Perlu ada geran (asli) atau fotostat atau cover note insurans/takaful yang sedia ada untuk permohonan baru sijil takaful kenderaan anda.

# buat permohonan baru takaful kenderaan anda.

# Sila pastikan anda bebas daripada (blacklist) saman PDRM atau JPJ supaya mengelakkan pembaharuan roadtax anda disekat. boleh cek di website (Myeg).

# Bagi peserta yang mempunyai geran (asli) kenderaan, anda boleh membuat pembaharuan roadtax
di lokasi berikut:
> Kaunter JPJ (tiada caj perkhidmatan)
> Kiost JPJ (tiada caj perkhidmatan)
> Pejabat pos (caj perkhidmatan rm2) setiap transaksi
> Myeg (rm15-rm20 di kiost kedai insurans)
> (secara online)
rm6 - klang valley,
rm8- peninsular malaysia,
rm10 - sabah & sarawak, )
( + e-services rm2.75 dan gst rm0.65 )

# Bagi peserta yang hanya mempunyai geran fotostat, anda HANYA boleh membuat pembaharuan roadtax melalui MYEG service atau KIOST JPJ sahaja, Kaunter JPJ atau pejabat pos tidak boleh. harga caj Myeg seperti berikut:
> Myeg (rm15-rm20 di kiost kedai insurans)
> (secara online)
rm6 - klang valley,
rm8- peninsular malaysia,
rm10 - sabah & sarawak, )
( + e-services rm2.75 dan gst rm0.65 )






BEBANAN / LOADING

Pengendali Takaful boleh mengenakan bebanan (loading) ke atas sumbangan untuk memastikan bahawa jumlah yang dikenakan sepadan dengan risiko.

# kreteria bebanan yang biasa digunakan ialah umur peserta:

contoh : peserta yang berumur di bawah 25tahun akan dikenakan bebanan (loading) sebanyak rm15%
dan umur peserta yang berumur melebihi 65tahun juga dikenakan lebihan sebanyak 15%

# ciri-ciri yang bertentangan yang dimiliki oleh pemandu, kapasiti enjin kenderaan, pengalaman tuntutan yang lalu ke atas kenderaan dan kenderaan dibaikpulih.

# umur kenderaan juga dikenakan bebanan:

contoh : umur kenderaan 7tahun - 10tahun = 5% (loading) 11tahun - 15tahun = 10% (loading) dan 16tahun keatas = 15% (loading)




# nota ini menunjukkan secara am pengendali takaful


LEBIHAN / EXCESS

Pengendali takaful boleh, seperti ang dinyatakan dalam sijil takaful, dengan mengenakan lebihan.
Lebihan adalah jumlah kerugian yang perlu ditanggung oleh peserta sebelum pengendali takaful membayar baki tuntutan.

maksudnya, jumlah jumlah yang berlebihan akan ditolak dari jumlah keseluruhan tuntutan sebelum pembayaran tuntutan akhir dibuat.




contoh: -

# Jika jumlah yang lebihan ialah rm1000..
dan jumlah tuntutan ialah rm12000..
maka, pengendali takaful hanya akan membayar rm11000 kepada peserta, dan rm1000 ditanggung oleh peserta sendiri.

PEMBATALAN SIJIL

Peserta boleh membatalkan sijil dengan memberi notis 14 hari secara bertulis kepada pengendali takaful.

selepas pembatalan, peserta layak mendapatkan bayaran balik sumbangan bagi tempoh takaful yang belum digunakan secara pro rata.

Sijil takaful asal dan sijil takaful mestilah diserahkan kepada pengendali takaful.




DISKAUN TANPA TUNTUTAN (NCD)

NCD = No Claim Discount

Jika tiada tuntutan dibuat selepas kenderaan itu telah dilindungi selama 12 bulan,
peserta layak mendapat 'diskaun tanpa tuntutan' apabila memperbaharui sijil baru seperti berikut:

selepas 1 tahun = 25% diskaun
selepas 2 tahun = 30% diskaun
selepas 3 tahun = 38.33% diskaun
selepas 4 tahun = 45% diskaun
selepas 5 tahun = 55% diskaun

jika berlaku kemalangan yang melibatkan pihak ke-3 , peserta akan kehilangan kelayakan NCD untuk tahun ke seterusnya iaitu ncd menjadi 0%..

# Tuntutan takaful terhadap (wind screen) tidak menjejaskan NCD..

NCD boleh dipindahkan kepada pengendali takaful lain atau kepada kenderaan lain yang dimiliki oleh peserta yang sama kerena insentif ini diberikan kepada individu dan bukan kenderaan...

PENTINGNYA JUMLAH PERLINDUNGAN MENGIKUT NILAI PASARAN

Jumlah yang dilindungi perlulah mengikut nilai semasa kenderaan anda..

ini dapat mengelakkan daripada pihak takaful berhak untuk membayar pampasan tututan dengan menggunakan syarat purata.

contoh pengiraan kadar purata:-

jumlah perlindungan rm80 000
nilai pasaran rm100 000
nilai kerugian rm5000

pengiraan, rm80 000 bahagi rm100 000 x rm5000 = rm4000

jadi, pihak takaful hanya membayar rm4000 sahaja..



JENIS PERLINDUNGAN TAKAFUL MOTOR

1) AKTA

# Liabiliti undang-undang peserta di atas kematian atau kecederaan anggota badan kepada mana-mana pihak ke-3 (tidak termasuk penumpang) yang berlaku disebabkan penggunaan kenderaan milik peserta di atas jalan raya.

2) PERLINDUNGAN PIHAK KE-3

# Sama dengan perlindungan akta dan tambahan kepada perlindungan liabiliti undang-undang kerugian atau kerosakan harta pihak ke-3 akibat daripada penggunaan kenderaan bermotor itu
# liabiliti undang-undang merujuk kepada liabiliti tort, bukan liabiliti kontrak, contohnya berlaku kemalangan disebabkan peserta memandu dengan cuai atau sembarangan.

3) PERLINDUNGAN PIHAK KE-3, KEBAKARAN DAN KECURIAN

# Sama dengan perlindungan akta dan tambahan kepada perlindungan liabiliti undang-undang untuk pihak ke-3 bagi kecederaan anggota badan dan kerosakan harta.
# kerugian akibat kebakaran daripada kemalangan dan kecurian

4) KOMPREHENSIF

# Disamping perlindungan pihak ke-3 yang dinyatakan di atas, pelan ini juga melindungi kerugian atau kerosakan kepada kenderaan, alat ganti atau aksesori milik kenderaan peserta di sebabkan:
> Pelanggaran akibat kemalangan
> pelanggaran akibat kerosakan mekanikal
> Pelanggaran atau terbalik disebabkan haus atau lusuh
> Rosak akibat dihempap oleh objek jatuh dengan syarat tidak disebabkan oleh bencana alam
> Letupan kebakaran atau kilat
> Rompakan, kecurian atau pecah rumah
> Perbuatan khianat
> Semasa perjalanan transit, melalui jalan raya, rel, laluan air, lif atau elavator, laluan laut merentasi selat antara pulau pinang dengan tanah besar.



Tuesday, May 12, 2015

JENIS KENDERAAN YANG BOLEH DITAKAFULKAN

1) Kenderaan Persendirian

# ini termasuk kereta roda tiga dan 'station wagons' yang digunakan untuk tujuan sosial, domestik dan keseronokan dan juga untuk tujuan perniagaan atau kerjaya profesional peserta sahaja.

2) Kenderaan Perdagangan

# ini termasuk semua kenderaan ( termasuk kereta roda tiga ) yang tidak diperuntukkan di bawah klasifikasi kenderaan persendirian atau motosikal.

berikut adalah pembahagian kenderaan perdagangan di bawah tarif:

> perniagaan motor
> kenderaan membawa barang dagangan
> kereta sewa
> kereta sewa pandu
> bas
> kenderaan khas

3) Motosikal

# ini termasuk motosikal berserta atau tanpa kereta sisi, skuter, basikal automatik, atau basikal yang dijalankan dengan bantuan mekanikal. Tarif motor seterusnya membahagikan kelas motosikal kepada:

> motosikal persendirian
> motosikal perdagangan
> motosikal berkereta sisi
> perniagaan motosikal          

# nota ini secara am untuk semua jenis takaful



PENGENALAN TAKAFUL MOTOR

Takaful motor menyediakan perlindungan kepada peserta terhadap:

# kerugian atau kerosakan ke atas kenderaan milik peserta akibat kemalangan, kecurian atau kemalangan.
# kecederaan atau kematian pihak ke-3 serta kerugian kerosakan kenderaan pihak ke-3..

Akta pengangkutan jalan 1987, mewajibkan semua kenderaan bermotor mesti diinsurankan sekurang-kurangnya terhadap risiko kecederaan dan kerosakan kenderaan pihak ke-3...

Skim takaful motor adalah bertarif..dan dikawal selia di bawah pemantauan BNM iaitu PIAM.



MUDOH BASO RESOURCES

Nama syarikat : mudoh baso resources
Alamat: No 17 gerai orkid, jalan Pasir Mas, 17500, Tanah Merah, Kelantan..
nama kedai: mudah renew roadtax

Disini kami sertakan sijil SSM syarikat kami untuk makluman kepada anda..

terima kasih..




BISMILLAH



"Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani"

Aku bersyukur pada-MU Ya Allah..

kerana tidak terkira nikmat yang engkau berikan padaku..dari aku kecil hinggalah hari ini..

aku memohon pada-MU Ya Allah.. engkau berkatilah kerjaku ini Ya Allah, iaitu sebagai agent

takaful untuk aku perjuangkan takaful dalam industri ini..

Blog ini adalah salah satu medium untuk aku berkongsi ilmu dan membantu masyarakat di luar sana

untuk memudahkan urusan mereka..membantu menyelesaikan masalah mereka dengan bantuan dari -

MU ya Allah.. in shaa Allah..